Tuesday 8 November 2011

Teater Mata Ringgit

assalamualaikum...

 hari ni aku nk m'uar-uar kan satu teater yang b'tajuk Teater Mata Ringgit..asyik tgok wayang je meh layan teater plak.aku tolong ex-senior high school aku dulu advrtise bnde ni..skg ni beliau final year acting and directing kt UITM..so, teater ini adalah projek beliau la..baikkan aku tlog senior..?hahaha..jadi, anda yang berada berdekatan dengan lokasi sila la dtg ye bg m'happeningkan teater ni..


                                    



sinopsis:

Iskandar cuba mendekati Mona yang cantik dengan pelbagai muslihat, antaranya membeli satu meter persegi perkarangan rumah Mona, seterusnya membeli marmar dan yang paling dasyat apabila Iskandar mahu membeli tempat tidur Mona. Setelah mengetahui suami Mona sakit dan terlantar di hospital akibat kanser lidah, Iskandar mempunyai muslihat terakhir dengan mengatakan lutut Mona akan berdarah sekiranya Mona berdiri dan terus mengajak Mona duduk dan berbaring bersama di atas katilnya. Dalam masa yang sama, Mona juga dibelenggu oleh tiga cucu saudaranya yang menuntut wang dan harta pusaka suami Mona. Mona menafikan wang dan harta pusakan itu ada padanya dan ketiga-tiga cucu saudaranya tidak percaya dan mengugut akan membunuh Mona Apakah kesudahan Iskandar, adakah Iskandar berjaya menundukan Mona? Apakah Mona berjaya menumpaskan cucu saudaranya yang mahu menuntut wang dan harta pusaka suaminya?




Jadual Pementasan

09 Disember: 8mlm

10 Disember: 3ptg & 8mlm

11 Disember: 3ptg & 8mlm
*
*
*
TIKET: RM10 Pembelian buku program
*
*
*
Tempahan tiket:

HAKIM: 014-2391361

NADIA: 012-6234461
*
*
*
arahan: NURUL AIN OTHMAN
*
*
Tempat:
AMPHITHEATRE, PUSAT PELANCONGAN MALAYSIA(MATIC)
(Kalau tak tau p crik dlam google maps)











No comments:

Post a Comment